Jumaat, 5 Ogos 2011

Xpdc bersantai ke Gunung Nuang. Janda Baik – Hulu Langat

View dari puncak gunung Nuang
Fakta mengenai Gunung Nuang : Dalam bahasa orang asli Nuang bermaksud hantu mmm… ada berani?? Dengan ketinggian 4898 kaki sudah menunjukkan ia lebih tinggi daripada Gunung Ledang. Nama Nuang pun dah tercatat adalah merupakan Gunung yg tertinggi di Selangor. Terdapat tiga "check point" iaitu Kem Lolo, Kem Pacat & Puncak Pengasih.  

Terjah ke puncak gunung Nuang
15/7/2011-Kali ni aku ke Nuang. Buat trip penutupan nak bercuti lama semperna bulan puasa & raya. So nak lepas gian masuk hutan aku ke Nuang. Kali terakhir aku pergi 1996 masa tu aku study lagi, itu pun diwajipkan pergi. Tapi masa tu trek janda baik tiada lg kami masuk ikut Pangsoon keluar kat Hulu Langat. Tahun 2011 aku kembali ke Nuang kali ni aku & the geng masuk ikut Janda Baik & keluar ikut Hulu Langat. 

Malam 15/7/2011 aku bersama Hot Mama (Yusnita) janji tunggu kat KL Sentral jam 9 mlm. Last yus message dia lambat cket sampai gara2 tersilap masuk highway. Tunggu punya tunggu kul 10 baru nampak muka. Pas tu kami terus naik LRT menuju ke stesen LRT yang terakhir iaitu Gombak. Sampai kat sana sebuah 4wd dah menunggu. 3 Jejaka dah tunggu kami abg driver, Adam & Noraz. Kami berlima gerak menaiki 4wd menuju Genting Sepah. Well... walaupun kami lambat sampai, tapi rupanya kami yg paling awal sampai. Janji melayukan. Kat R&R genting sepah perut pun dah lapo sbb balik dr ofic xsempat nak mkn sibuk kemas barang last minit punya plan. Aku perkena fish & chip mmm yummy2x… Lepas abis mkn baru npk muka geng2 lain. Uncle, olan, abg man, han, ijam, cikgu rosli & brapa org lg yg aku tak berapa nak kenal. Hanya aku & hot mama sahaja yang mewakili kaum wanita kali ni. Dalam kul 11 lebih kami gerak masuk ke Janda Baik menuju ke homestay Rakan Rimba. Kapten punye pot kami tumpang bermalam kat situ. Adoihai sakit belakang dah lama xtido kat atas lantai beralaskan carrymat, tapi itu hal kecik jer. 

View dari kaki gunung Nuang

Kebun sayur orang asli



16/7/2011- Kul 6 dah bangun siap2 g mandi kat tandas awam Rakan Rimba. Lalala…sabun di bilik mandi sabunnn. Dalam kul 7 pagi kami semua naik 4wd kepunyaan kepten. Kepten bawak kita org semua g sarapan pagi tempat biasa kepten lepak katanya. Pagi sarapan nasi lemak+mee hon goreng+telur mata+Nescafe o tarik. Sendiri bayar keheheh… lepas sarap kami di hantar oleh Kepten sampai ke 1 anak sungai. Maka bermulalah pendakian kami. 

Sepelas kami menyeberangi anak sungai kami melalui trek kebun sayur. Cukup cantik view dari kaki gunung Nuang. Sepanjang perjalanan melalui trek kebun sayur, sungguh hairan org2 asli yg bertungkus lumus mengerjakan kebun sayur melihat kami. Mana dtglah org gila cam kami ni pagi2 buta gan beg besar masing2 meredah hutan gan pacat bermaharajalela. Nuang ni memang terkenal gan byk pacatnya. Masa aku pergi dulu lg lah banyak pacat buat pesta kena lak mlm tu hujan. Abis betisku yg macam bunting padi tu kehehe di gigit pacat. Bukan kena kat betis jer siap naik ke muka. Hilang lah rasa geli sbb 3 hari 3 mlm hujan xbhenti. Mana tak pacat bermaharajalela. Syukur… pengalaman lalu amat berguna, aku dtg kali nie dengan persiapan siap pakai seluar tight gan stoking bola dan syukur… mujurlah 2 3 ari xhujan pacat kali ni agak kurang.

Jumpa pokok nie...baru jumpa trek 'mistik'
Amik kau! Hongeh den!
Air terjun Berembun
Lepas layan trek kebun kami mula layan trek meredah hutan semak samun. Paling tak tahan kena lalu trek ‘mistik’ agak lain macam siot trek tu, dah lah agak kelam pas2 kena lalu bawah pokok buluh cam terowong. Kat kawasan tu aku kena cepat sikit jalan, maklumlah kawasan keras. Dah tahu keras xkan nak jalan cam lenggang mak lemah balik dari salon kot kehehehe…Penat kami meredah akhirnya kami bertemu kawasan air terjun Berembun. Kami semua lepak menghilangkan penat lelah bagi pusingan pertama. Selepas berehat & berposing sakan kat air terjun kami mulakan kembali perjalanan kami yg masih jauh itu. Jalan panjat bhenti…jalan panjat bhenti…cam tulah aku klu kena layan trek memanjat. Selalu kena berleter gan uncle. Sbb aku klu dah penat dah sangap tektik pernafasan yg selalu di ajar diamalkan dah xbley nak gunakan dah. Bernafas cam pakai mikrofon semua org bley dengar kehehehe…bab tu memang aku failed sikit! 

Masa kat trek aku jalan saing gan hot mama, tak terkejar aku dia ni memang laju cam petir. Dengan kemampuan yg aku ada aku jalan cam biasa, ditemani my great sifu. ‘Teman setiaku di kala peiwai’. Dalam duk berjalan terhongeh2 mata pun semakin mengantuk gara2 rushing siapkan keje pejabat, aku hanya sempat tido 2 3 jam jer sebelum kompem join trip ni. Bermacam-macam ayat keluar daripada mulut aku ‘dah sampai kat puncak ni benda pertama aku nak wat ialah TIDO!! aku xkira pa nak jadi2lah’ ‘tulah tanda2 dah peiway katanya’ - nyampuk olan dr belakang . Sepanjang perjalanan kami di hidangkan dengan keindahan tumbuhan-tumbuhan hutan yg menarik perhatian camera compekku ini. 

Hampir ke puncak
Tibanya aku di trek paling mencabar kat Nuang. Kena lalui batu kawin, nama yg diberi oleh pendaki. Kenapa batu kawin? Sebab memang kena lalu di tengah-tengah 2 biji batu kecil & 1 bijik batu yg bapak besar. Batu besar tu npk cam tergantung so mula kita kena lalu bawah batu lepas tu kena naik atas batu. Masa kena naik atas batu tu yg ada masalah sikit. Kena berkerjasama gan kawan2 klu tak agak payah nak melepasi batu tu. Nasib baik ada cikgu rosli yg sentiasa baik hati tu. Kebetulan selisih gan dia masa dia tgh cari kayu tuk buat fly. Dialah yg bantu aku naik ke atas puncak. 

Bley tahan sejuklah kat puncak Nuang
Masak-masak ...
Baru jer tukar taw....
Peak gunung Nuang
Akhirnya 15:54 aku selamat sampai ke puncak gunung Nuang. Masa aku sampai cuaca memang baik view sungguh mahbeloso lah serta suhu memang sejuk bley tahan lah. Sampai puncak terus selongkar cari sweeter. Sementara tunggu kawan-kawan lain sampai aku menikmati view bandar Kuala Lumpur & di sebelah belakang view Genting Highland. Memang cantik! Alhamdulillah… sebelum kul 5 semua kawan2 lain selamat sampai ke puncak. Sambil rehat2 layan view senja sampai mlm memang Subahanallah memang cantik view dr puncak. Menu mlm kami hari tu ayam black paper sayur campur & papadum. Sedap beb! Paling sedap sayur campur sbb lauk tu aku d suruh oleh uncle masak kahahaha... nasib baik licin kihihi... Kat hutan mkn pa semua sedap yummyyy. Puncak Gunung Nuang nie tak la besar sangat boleh la setakat nak muat kemah dalam 40 org. Sebagai tanda puncak Gunung Nuang di letakkan pula tanda Beirut macam khemah besi.

Sikit punye besar pokok nie...
Kiri : Kulat. Kanan: Nie lah rumah anai2
Tepi2 cik lipan nak lalu
Unik. Buah kaler biru
17/7/2011-8 pagi semua cam liat jer nak gerak. Macam biasa aku mesti gerak dulu, maklumlah kerendaan berat kehehehe…aku cuba jln saing gan hot mama lagi. Tapi memang payah nak kejar dia ni memang laju. So aku amik keputusan bagi dia jalan dulu sementara menuggu sweeper terhosor. Mcm-mcm bunga aku jumpa sungguh cantik tapi paling banyak aku jpa pokok bunga spesis Ginger Lily & Orkid, memang berbaloi meredah Nuang kali ni, tapi paling menyedihkan terlalu byk sampah di buang merata2 tanpa rasa bersalah ishish… 

Maka bermulalah pula trek pendakian yg agak licin berlumut dengan melalui bungkah2 batu. Seperti biasa aku klu bab trek menaik ni…hehehe naik naik berhenti, naik naik berhenti hongeh siut! Agak lama jugalah aku berjalan xsampai2, masa tahun 1996 dulu teringat aku akan trek yg ku lalu nie. Masa tu hujan tak henti2. Nak tahu macam mana kita org turun? Masa tu trek tanah merah dgn lecak supermabeles kita org main duduk gelongsor je atas tanah, abis segala pokok2 kayu kita org sapu…nak tergelak pun da bila di kenang2 kan kembali. Ada tu gelongsor punye gelongsor gedebuk jatuh masuk lubang. Habis sakit tulang coccyx atau dalam bahasa utara tulang pungkoq terhentak kehehehe…pastu nak berjalan masing2 semua pengang dahan terkengkang-kengkang hahaha…syukur kali ni cuaca baik trek yg dulu mengganas kini menjadi lebih mudah untuk diharungi sehingga kami sampai ke Kem Pengasih. 

Bukan tempat buat maksiat ya. Nie tempat tuk berkasih sayang sesama ungas2

Di Kem Pengasih nie bukan tempat untuk buat maksiat tapi ia adalah tempat rehat-rehat sambil minum2, sebelum meneruskan pendakian. Bagaimana puncak pengasih mendapat nama? Kalau tak silap aku dulu puncak pengasih dikenali sebagai puncak Tipu. Sebab apa di panggil puncak tipu kerana kebanyakan pendaki menyaka yang ia adalah Puncak Nuang sebenarnya bukan! Padahal jauh lg. Untuk sampai ke Puncak Pengasih bley tahanlah trek dia langsung xda rasa kasih sayang pun. Tak landai tapi mencanak jugaklah. Laluan dia agak curam dan berbatu batu. Walaupun lalauan tidak sepanjang Lolo-Pacat tapi di sebabkan laluan dia banyak menegak berbatu-batu dan licin maka azab dia makin bertambah-tambah nak turun pun may be amik satu jam atau satu setengah jam bagi yang jenis cepat pancit cam aku. Kat puncak pengasih pokok2 dan batunya basah walaupun tidak hujan. Suasana sungguh menyegarkan dan nyaman sekali masuk mcuci paru2 jantung & segala organ dalaman. Bagus!! 

Besar macam tali kapal
Akhirnya sampai juga aku di kem Pacat. Kem Pacat mendapat nama dari lembah berhampiran yang banyak pacat tapi kawasan tu xda pacat pun. Lagi 1 keistimewaan kem pacat ialah terdapat 1 pokok besar & mempunyai jurai2 sangat besar macam tali kapal. Memang unik tiada di temapt2 lain. Dekat kem Pacat jer ada pokok cam tu. Di kem Pacat aku tak lama berhenti pun sekadar melepaskan penat pinggang & bahu pengalas beg. Lagi pun kem ni dekat gan sungai. Dekat tak dekat la sungai kehehe… ramai gak yg lepak rehat kat situ. Kali nie aku meneruskan perjalanan bersama pendaki berkuasa ‘turbo’ sape lagi hot mama & cikgu Rosli. Lintang pukang aku mengikut rentak dia org, akhirnya aku & mereka mengalah…kita xbley jalan same sbb enjin kuasa kuda kita lain2. Dia orang guna kuda kobai aku guna kuda padi kehehe… dalam  meneruskan perjalanan cerun 70 darjah, trek licin sekali sekala berselisih gan asor2 & apek yg angaran umur dlm lingkungan 50-an masih gigih masih kuat kepala lutut dia org tu, rasa kagum pun ada. Dia org yg tua ganyut pun bley jalan selamba jer, aku yg masih belia ni tak kan xbley buat kot. Aku terus memotivasikan diri sendiri. Masa aku turun aku saing gan boy si kembar tu..xbyk cpk dia ni…byk sengih dari bborak mungkin dia segan gan aku kot kehehe…so tuk mengurangkan hongeh aku layan mp4, layan lagu lama. Rock cinta cintun kepunyaan olan yg aku pinjam. 

Bersantai di kem Lolo
Rumah orang asli
Kunci Air
Akhirnya aku tiba di Kem Lolo. Bagaimana Kem Lolo mendapat nama?? Kem Lolo yang mendapat nama dari seorang Tok Batin orang asli yang merupakan kawasan perkhemahan yang besar dan berdekatan dengan sungai. Kat situ kami bhenti lama. Siap masak meggi, masak air, buat air teh o, borak2, mkn nasi goreng. Kat kem Lolo kakiku dah mula rasa sakit. Nie yg xbest nie. Setelah hilang sedikit penat, kami meneruskan lg baki pjalanan kami. Jalan gan kaki yg berat memang xbest…akhirnya kami bertemu tempat kunci air. Baru ku tahu mcm ni rupanya kunci air kat dalam hutan. Agak gayat juga aku nak melepasi titi yg hanya beralaskan sebatang papan & di bawah ada tankungan air. Kecut gak lah angota ‘dalaman’ kehehe…selepas kami melepasi kawasan kunci air, kami melalui pula jln balak yg landai & berbatu2. Walaupun trek balak ni landai lg rata tapi punyalah jauh yg amat. Patutlah dia org sediakan pondok2 kecil di sepanjang trek tapi sayangnya semua pondok2 tu telah di cacatkan oleh tangan2 yg gatal yg sememangnya harus di ketuk dengan warking stik. Abis di conteng2 nya. Tapi aku rasa yg menconteng bukan dr pendaki tapi dr pengujung yg datang untuk mandi manda di air terjun yg berdekatan. Ish…ish…ish..Lebih kurang kul 4 aku pun selamat tiba di kawasan Jabatan Hutan Hulu Langat gan jayanya. Walaupun aku pserta yg terakhir sampai. Tapi oklah tu sampai sebelum malam kehehe… Kat bawah semua dah siap mandi tukar baju sambil layan karipap manja kak aishah yang panas tu. Pherrr sedap beb dah lah lapo dpt karipap besar, panas inti dia sedap di sulami gan air jambu batu. Adoiii layan beb. Lepas aku mandi sempat lg bergambar sebelum kami semua bersurai mengikut haluan masing2 . Alkisahnya. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...