Khamis, 6 Oktober 2011

My Boboi Boy

Nie Boboi. Bila nak amik gambar jer mesti dia wat aksi cam ni..Adoiiii


Cite pasal ikan laga pulak. Sebenarnya lama dah minat nak membela ikan laga nie tapi xkesampaian nak membeli lagi kan nak membela. Sejak 'terapat' gan kawan sekolah aku En Kentaki Feren Ciken (KFC) baru aku tahu yg dia nie bley d katakan pakar gak lah pasal ikan laga nie. Byk info yg aku xtahu dpt dari dia nie. Tapi sekarang nie dia tak membela lg dah malas katanya. So tiap kali kita org melepakkan diri pasti topik pasal ikan laga akan kita org borakkan. Nak di jadikan cerita En KFC telah 'mengkipnap' aku ke Sg. Buluh. Masuklah aku akan 1 kedai nie. Kat luar cam jijik jer nak masuk maklumlah kedai cina, igtkan kedai penyebelihan babi tadi rupanya kedai ikan kuikukui... tapi bila dah masuk baru ada cam kedai jual ikan. Bukan jual ikan jer macam2 aksesori barangan ikan & siap ada services nak wat deco dlm aquarium lagi.ahh kagum2...

Memang byk ikan laga ada kat dlm kedai tu...tapi yg cantik2 semua dah kena beli. Dengan aku2 sekali tergoda lalu terbeli lah aku seekor ikan laga jenis Beta & seekor lagi yg di hadiahkan oleh En KFC jenis Double Tail atau kata yg paling tepat lg tolong jagakan lah kononnya yang aku namakan Boboi & Boi. :)  
Npk cam sama tapi lain jenis
Nie lah Boy...Paling suka bgambar.Asal aku lalu jer mula r dia tergedik2 tapi aku suka!



Rabu, 7 September 2011

I'm Orkid crazy!!




Orkid oh orkid!! Sejak bila nie aku berminat gan orkid?? Hehehee…dah lama dah…tapi dulu minat tengok jer, dulu suka tengok mak aku, arwah makcik aku tanam orkid. Bila teman mak aku pergi kedai bunga kompem orkid yang paling menarik perhatian aku. Kalau dulu masuk pameran bunga aku hanya minat klik2 amik gambar orkid jer. Kagum sgt gan bunga orkid ni. Kali nie aku try tanam orkid tanpa bantuan orang tuaku. Harap-harap xkojol kehehe…

Untuk permulaan aku try beli 6 anak orkid yang berlain jenis. 3 jenis Vanda yg berlainan kaler. Phalaenopsis Hybrid, Red Monopodium dan Cattleya. Nama pun hebat sangat sehebat pokoknya yg jarang-jarang berbunga tu. Nak sebut pun tergeliat lidah kot. Dengan Xcitednya aku terus membeli pasu, arang & hampas kayu. Weiiii….

Nielah dia 6 anak pokok orkid yg aku TERbeli sebab TERpikat kat pameran bunga Floraria Putrajaya. Terbang aku RM100. Harap-harap pokok orkid aku ni bley hidup sehingga mengeluarkan bunga. Insyallah.





Oh Mengapa???



(Episod flash back) Hari tu aku di khabarkan dengan berita yang paling meruntun jiwa raga. Bf aku ada gf lain yang sedang study kat UK. Aku hanyalah tempat menghilangkan rasa sunyi di kala kesepian. Haram Ja... betoi! Aku yang agak berhati-hati nie pun terkena gak gan spesis cam nie. Baik di luar busuk di dalam. Apalah dosa aku sampai ada org tergamak mempermainkan perasaan, kasih sayang, keikhlasan yg suci lg murni lg murni dari minyak sri murni tanpa rasa cket pun rasa bsalah??? Takpalah aku redha, aku yakin setiap perbuatan ada balasan. Buat baik walaupun sekecil biji sawi skali pun akan mendapat ganjaran, buat jahat walaupun secalit debu skali pun akan mendapat balasannya. Aku yakin sangat akan ayat itu. Allah maha melihat tak pernah tido lagi maha adil. and.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Xpdc bersantai ke Gunung Nuang. Janda Baik – Hulu Langat

View dari puncak gunung Nuang
Fakta mengenai Gunung Nuang : Dalam bahasa orang asli Nuang bermaksud hantu mmm… ada berani?? Dengan ketinggian 4898 kaki sudah menunjukkan ia lebih tinggi daripada Gunung Ledang. Nama Nuang pun dah tercatat adalah merupakan Gunung yg tertinggi di Selangor. Terdapat tiga "check point" iaitu Kem Lolo, Kem Pacat & Puncak Pengasih.  

Terjah ke puncak gunung Nuang
15/7/2011-Kali ni aku ke Nuang. Buat trip penutupan nak bercuti lama semperna bulan puasa & raya. So nak lepas gian masuk hutan aku ke Nuang. Kali terakhir aku pergi 1996 masa tu aku study lagi, itu pun diwajipkan pergi. Tapi masa tu trek janda baik tiada lg kami masuk ikut Pangsoon keluar kat Hulu Langat. Tahun 2011 aku kembali ke Nuang kali ni aku & the geng masuk ikut Janda Baik & keluar ikut Hulu Langat. 

Malam 15/7/2011 aku bersama Hot Mama (Yusnita) janji tunggu kat KL Sentral jam 9 mlm. Last yus message dia lambat cket sampai gara2 tersilap masuk highway. Tunggu punya tunggu kul 10 baru nampak muka. Pas tu kami terus naik LRT menuju ke stesen LRT yang terakhir iaitu Gombak. Sampai kat sana sebuah 4wd dah menunggu. 3 Jejaka dah tunggu kami abg driver, Adam & Noraz. Kami berlima gerak menaiki 4wd menuju Genting Sepah. Well... walaupun kami lambat sampai, tapi rupanya kami yg paling awal sampai. Janji melayukan. Kat R&R genting sepah perut pun dah lapo sbb balik dr ofic xsempat nak mkn sibuk kemas barang last minit punya plan. Aku perkena fish & chip mmm yummy2x… Lepas abis mkn baru npk muka geng2 lain. Uncle, olan, abg man, han, ijam, cikgu rosli & brapa org lg yg aku tak berapa nak kenal. Hanya aku & hot mama sahaja yang mewakili kaum wanita kali ni. Dalam kul 11 lebih kami gerak masuk ke Janda Baik menuju ke homestay Rakan Rimba. Kapten punye pot kami tumpang bermalam kat situ. Adoihai sakit belakang dah lama xtido kat atas lantai beralaskan carrymat, tapi itu hal kecik jer. 

View dari kaki gunung Nuang

Kebun sayur orang asli



16/7/2011- Kul 6 dah bangun siap2 g mandi kat tandas awam Rakan Rimba. Lalala…sabun di bilik mandi sabunnn. Dalam kul 7 pagi kami semua naik 4wd kepunyaan kepten. Kepten bawak kita org semua g sarapan pagi tempat biasa kepten lepak katanya. Pagi sarapan nasi lemak+mee hon goreng+telur mata+Nescafe o tarik. Sendiri bayar keheheh… lepas sarap kami di hantar oleh Kepten sampai ke 1 anak sungai. Maka bermulalah pendakian kami. 

Sepelas kami menyeberangi anak sungai kami melalui trek kebun sayur. Cukup cantik view dari kaki gunung Nuang. Sepanjang perjalanan melalui trek kebun sayur, sungguh hairan org2 asli yg bertungkus lumus mengerjakan kebun sayur melihat kami. Mana dtglah org gila cam kami ni pagi2 buta gan beg besar masing2 meredah hutan gan pacat bermaharajalela. Nuang ni memang terkenal gan byk pacatnya. Masa aku pergi dulu lg lah banyak pacat buat pesta kena lak mlm tu hujan. Abis betisku yg macam bunting padi tu kehehe di gigit pacat. Bukan kena kat betis jer siap naik ke muka. Hilang lah rasa geli sbb 3 hari 3 mlm hujan xbhenti. Mana tak pacat bermaharajalela. Syukur… pengalaman lalu amat berguna, aku dtg kali nie dengan persiapan siap pakai seluar tight gan stoking bola dan syukur… mujurlah 2 3 ari xhujan pacat kali ni agak kurang.

Jumpa pokok nie...baru jumpa trek 'mistik'
Amik kau! Hongeh den!
Air terjun Berembun
Lepas layan trek kebun kami mula layan trek meredah hutan semak samun. Paling tak tahan kena lalu trek ‘mistik’ agak lain macam siot trek tu, dah lah agak kelam pas2 kena lalu bawah pokok buluh cam terowong. Kat kawasan tu aku kena cepat sikit jalan, maklumlah kawasan keras. Dah tahu keras xkan nak jalan cam lenggang mak lemah balik dari salon kot kehehehe…Penat kami meredah akhirnya kami bertemu kawasan air terjun Berembun. Kami semua lepak menghilangkan penat lelah bagi pusingan pertama. Selepas berehat & berposing sakan kat air terjun kami mulakan kembali perjalanan kami yg masih jauh itu. Jalan panjat bhenti…jalan panjat bhenti…cam tulah aku klu kena layan trek memanjat. Selalu kena berleter gan uncle. Sbb aku klu dah penat dah sangap tektik pernafasan yg selalu di ajar diamalkan dah xbley nak gunakan dah. Bernafas cam pakai mikrofon semua org bley dengar kehehehe…bab tu memang aku failed sikit! 

Masa kat trek aku jalan saing gan hot mama, tak terkejar aku dia ni memang laju cam petir. Dengan kemampuan yg aku ada aku jalan cam biasa, ditemani my great sifu. ‘Teman setiaku di kala peiwai’. Dalam duk berjalan terhongeh2 mata pun semakin mengantuk gara2 rushing siapkan keje pejabat, aku hanya sempat tido 2 3 jam jer sebelum kompem join trip ni. Bermacam-macam ayat keluar daripada mulut aku ‘dah sampai kat puncak ni benda pertama aku nak wat ialah TIDO!! aku xkira pa nak jadi2lah’ ‘tulah tanda2 dah peiway katanya’ - nyampuk olan dr belakang . Sepanjang perjalanan kami di hidangkan dengan keindahan tumbuhan-tumbuhan hutan yg menarik perhatian camera compekku ini. 

Hampir ke puncak
Tibanya aku di trek paling mencabar kat Nuang. Kena lalui batu kawin, nama yg diberi oleh pendaki. Kenapa batu kawin? Sebab memang kena lalu di tengah-tengah 2 biji batu kecil & 1 bijik batu yg bapak besar. Batu besar tu npk cam tergantung so mula kita kena lalu bawah batu lepas tu kena naik atas batu. Masa kena naik atas batu tu yg ada masalah sikit. Kena berkerjasama gan kawan2 klu tak agak payah nak melepasi batu tu. Nasib baik ada cikgu rosli yg sentiasa baik hati tu. Kebetulan selisih gan dia masa dia tgh cari kayu tuk buat fly. Dialah yg bantu aku naik ke atas puncak. 

Bley tahan sejuklah kat puncak Nuang
Masak-masak ...
Baru jer tukar taw....
Peak gunung Nuang
Akhirnya 15:54 aku selamat sampai ke puncak gunung Nuang. Masa aku sampai cuaca memang baik view sungguh mahbeloso lah serta suhu memang sejuk bley tahan lah. Sampai puncak terus selongkar cari sweeter. Sementara tunggu kawan-kawan lain sampai aku menikmati view bandar Kuala Lumpur & di sebelah belakang view Genting Highland. Memang cantik! Alhamdulillah… sebelum kul 5 semua kawan2 lain selamat sampai ke puncak. Sambil rehat2 layan view senja sampai mlm memang Subahanallah memang cantik view dr puncak. Menu mlm kami hari tu ayam black paper sayur campur & papadum. Sedap beb! Paling sedap sayur campur sbb lauk tu aku d suruh oleh uncle masak kahahaha... nasib baik licin kihihi... Kat hutan mkn pa semua sedap yummyyy. Puncak Gunung Nuang nie tak la besar sangat boleh la setakat nak muat kemah dalam 40 org. Sebagai tanda puncak Gunung Nuang di letakkan pula tanda Beirut macam khemah besi.

Sikit punye besar pokok nie...
Kiri : Kulat. Kanan: Nie lah rumah anai2
Tepi2 cik lipan nak lalu
Unik. Buah kaler biru
17/7/2011-8 pagi semua cam liat jer nak gerak. Macam biasa aku mesti gerak dulu, maklumlah kerendaan berat kehehehe…aku cuba jln saing gan hot mama lagi. Tapi memang payah nak kejar dia ni memang laju. So aku amik keputusan bagi dia jalan dulu sementara menuggu sweeper terhosor. Mcm-mcm bunga aku jumpa sungguh cantik tapi paling banyak aku jpa pokok bunga spesis Ginger Lily & Orkid, memang berbaloi meredah Nuang kali ni, tapi paling menyedihkan terlalu byk sampah di buang merata2 tanpa rasa bersalah ishish… 

Maka bermulalah pula trek pendakian yg agak licin berlumut dengan melalui bungkah2 batu. Seperti biasa aku klu bab trek menaik ni…hehehe naik naik berhenti, naik naik berhenti hongeh siut! Agak lama jugalah aku berjalan xsampai2, masa tahun 1996 dulu teringat aku akan trek yg ku lalu nie. Masa tu hujan tak henti2. Nak tahu macam mana kita org turun? Masa tu trek tanah merah dgn lecak supermabeles kita org main duduk gelongsor je atas tanah, abis segala pokok2 kayu kita org sapu…nak tergelak pun da bila di kenang2 kan kembali. Ada tu gelongsor punye gelongsor gedebuk jatuh masuk lubang. Habis sakit tulang coccyx atau dalam bahasa utara tulang pungkoq terhentak kehehehe…pastu nak berjalan masing2 semua pengang dahan terkengkang-kengkang hahaha…syukur kali ni cuaca baik trek yg dulu mengganas kini menjadi lebih mudah untuk diharungi sehingga kami sampai ke Kem Pengasih. 

Bukan tempat buat maksiat ya. Nie tempat tuk berkasih sayang sesama ungas2

Di Kem Pengasih nie bukan tempat untuk buat maksiat tapi ia adalah tempat rehat-rehat sambil minum2, sebelum meneruskan pendakian. Bagaimana puncak pengasih mendapat nama? Kalau tak silap aku dulu puncak pengasih dikenali sebagai puncak Tipu. Sebab apa di panggil puncak tipu kerana kebanyakan pendaki menyaka yang ia adalah Puncak Nuang sebenarnya bukan! Padahal jauh lg. Untuk sampai ke Puncak Pengasih bley tahanlah trek dia langsung xda rasa kasih sayang pun. Tak landai tapi mencanak jugaklah. Laluan dia agak curam dan berbatu batu. Walaupun lalauan tidak sepanjang Lolo-Pacat tapi di sebabkan laluan dia banyak menegak berbatu-batu dan licin maka azab dia makin bertambah-tambah nak turun pun may be amik satu jam atau satu setengah jam bagi yang jenis cepat pancit cam aku. Kat puncak pengasih pokok2 dan batunya basah walaupun tidak hujan. Suasana sungguh menyegarkan dan nyaman sekali masuk mcuci paru2 jantung & segala organ dalaman. Bagus!! 

Besar macam tali kapal
Akhirnya sampai juga aku di kem Pacat. Kem Pacat mendapat nama dari lembah berhampiran yang banyak pacat tapi kawasan tu xda pacat pun. Lagi 1 keistimewaan kem pacat ialah terdapat 1 pokok besar & mempunyai jurai2 sangat besar macam tali kapal. Memang unik tiada di temapt2 lain. Dekat kem Pacat jer ada pokok cam tu. Di kem Pacat aku tak lama berhenti pun sekadar melepaskan penat pinggang & bahu pengalas beg. Lagi pun kem ni dekat gan sungai. Dekat tak dekat la sungai kehehe… ramai gak yg lepak rehat kat situ. Kali nie aku meneruskan perjalanan bersama pendaki berkuasa ‘turbo’ sape lagi hot mama & cikgu Rosli. Lintang pukang aku mengikut rentak dia org, akhirnya aku & mereka mengalah…kita xbley jalan same sbb enjin kuasa kuda kita lain2. Dia orang guna kuda kobai aku guna kuda padi kehehe… dalam  meneruskan perjalanan cerun 70 darjah, trek licin sekali sekala berselisih gan asor2 & apek yg angaran umur dlm lingkungan 50-an masih gigih masih kuat kepala lutut dia org tu, rasa kagum pun ada. Dia org yg tua ganyut pun bley jalan selamba jer, aku yg masih belia ni tak kan xbley buat kot. Aku terus memotivasikan diri sendiri. Masa aku turun aku saing gan boy si kembar tu..xbyk cpk dia ni…byk sengih dari bborak mungkin dia segan gan aku kot kehehe…so tuk mengurangkan hongeh aku layan mp4, layan lagu lama. Rock cinta cintun kepunyaan olan yg aku pinjam. 

Bersantai di kem Lolo
Rumah orang asli
Kunci Air
Akhirnya aku tiba di Kem Lolo. Bagaimana Kem Lolo mendapat nama?? Kem Lolo yang mendapat nama dari seorang Tok Batin orang asli yang merupakan kawasan perkhemahan yang besar dan berdekatan dengan sungai. Kat situ kami bhenti lama. Siap masak meggi, masak air, buat air teh o, borak2, mkn nasi goreng. Kat kem Lolo kakiku dah mula rasa sakit. Nie yg xbest nie. Setelah hilang sedikit penat, kami meneruskan lg baki pjalanan kami. Jalan gan kaki yg berat memang xbest…akhirnya kami bertemu tempat kunci air. Baru ku tahu mcm ni rupanya kunci air kat dalam hutan. Agak gayat juga aku nak melepasi titi yg hanya beralaskan sebatang papan & di bawah ada tankungan air. Kecut gak lah angota ‘dalaman’ kehehe…selepas kami melepasi kawasan kunci air, kami melalui pula jln balak yg landai & berbatu2. Walaupun trek balak ni landai lg rata tapi punyalah jauh yg amat. Patutlah dia org sediakan pondok2 kecil di sepanjang trek tapi sayangnya semua pondok2 tu telah di cacatkan oleh tangan2 yg gatal yg sememangnya harus di ketuk dengan warking stik. Abis di conteng2 nya. Tapi aku rasa yg menconteng bukan dr pendaki tapi dr pengujung yg datang untuk mandi manda di air terjun yg berdekatan. Ish…ish…ish..Lebih kurang kul 4 aku pun selamat tiba di kawasan Jabatan Hutan Hulu Langat gan jayanya. Walaupun aku pserta yg terakhir sampai. Tapi oklah tu sampai sebelum malam kehehe… Kat bawah semua dah siap mandi tukar baju sambil layan karipap manja kak aishah yang panas tu. Pherrr sedap beb dah lah lapo dpt karipap besar, panas inti dia sedap di sulami gan air jambu batu. Adoiii layan beb. Lepas aku mandi sempat lg bergambar sebelum kami semua bersurai mengikut haluan masing2 . Alkisahnya. 




Khamis, 16 Jun 2011

Mari Mengenal Geng Karat Adventure

Uncle
Nie uncle rashid.Dia ni la Karat punya pengasas.Semua budak2 yg g trip gan dia panggil dia uncle.xkiralah yg muda ke yg tua ke yg sebaya gan uncle pun panggil dia uncle. Mula2 aku panggil dia abg sbb dia npk muda nak panggil uncle.Lama2 aku perasan aku sorang jer panggil abg rasa cam pelik jer aku try panggil abg uncle...mmm lg lah pelik dah panggil abg panggil uncle lagi...last2 aku belajar panggil dia uncle.Uncle nie memang baik orgnya sepanjang aku kenal dia aku blum pernah dengar dia tinggikan suara. Pas tu dia nie xkedekut ilmu.Klu kat trek jln sama gan dia mcm2 ilmu dia kasi. Memang baik orgnya. Dlm baik2 tu klu dia kasi nasihat memang mkn dlm lah...menusuk jiwa qalbulah... maklumlah org melaka. ;P

Kak Aishah
Nie kak sha. Dia nie wife uncle.Kak sha ni selalunya akan jadi chef bila kita org masuk hutan. Dia masak sedap. Baru jer buka kedai kat Ampang. Dia bukak kedai jual rempah segera. Mcm2 rempah ada. Ckp jer rempah apa maw? Nasi Briyani? Kurma? Rendang? Ayam masak merah? semua da. Lagi 1 dia da jual Karipap Manja. Prehh karipap manja dia memang sedap.Sekali mkn terus jd manja nak beli lg kehehe...Nasi Briyani Mee Hun soto nasi lemak kat dlm hutan pun bley dpt klu kak cha yg jd chefnya. Dlm geng wanita's kak cha kira cam otai gak lah.Klu kat trek berdezup perginya.Dasyat dia nie walaupun dah beranak tiga. 

Pak Lee
Masa mula2 aku kenal dia aku jarang borak gan dia aku lebih suka phatikan dia dr jauh jer sbb dia nie kuat berleter cam nenek aku kat kg pot pet pot pet jer kejenya. Garang lak tu. Tapi aku jenis xamik hati. Klu dia start berleter budak2 semua takut. Tengok muka pun dah garang. Dengar suara dah lintang pukang.Lg wat aku takut jer nak borak2 gan dia.Bukan pa...takut terkena panahan lezernya.kuikui... Dia selalu bahasa kan diri dia Pak Lee. Tapi gan aku jer dia bahasa diri dia abg lee ahem.. hehehe... ;P biasalah aku kan special byk..bila dah lama kenal baru aku tahu abg lee ni xgarang mana pun mulut jer bising tapi berhati 'PINK' dia ni. Ada lah kes sbb tu aku ckp dia nie berhati pink kehehe...aku pun jenis suka mengkaji watak org ok..be ware!

Olan
Dia nie org gelarkan dia sebagai sweeper tersohor.Dia nie memang baik & amat bertanggungjawap klu di beri tanggungjawap.Dia pernah sweeper aku masa aku injate kat Tahan. Semua org kenal dia. Asal selisih jer gan pendaki lain semua kenal dia. Glamor dia ni.Nak kasi tahu 1 Malaysia dialah aku punye sifu hehehe...mcm2 ilmu dia kasi.Sampai jelez r budak2 lain gan aku. Tiap kali uncle wat trip aku kompem dah booking dia siap2 jd aku punye sweeper. Sampai ada org kecik hatilah sbb aku selalu dapat jalan dgn dia jer. Yang bagusnya dia nie, masa di sweeper org dia memang sabar..cukup sabar melayan org yg dah pewai, bagi semangat ckp benda2 yg positif & paling penting TAK pernah merungut! Lg satu dia lah geng karat pertama aku kenal.

Ijam
Dia nie aku tak kenal sangat. Sebab dia jenis yang tak banyak cakap senyap jer wat hal sendiri.Dia gan dunia dia jer. Mungkin dia jenis klu tak biasa gan org dia berat mulut sikit. Tapi klu dah kenal dia bercakap jugak, tu pun yg penting2 jer. Dia ni banyak perhatikan org jer. Pernah gak aku jalan sama kat trek gan dia. Dia ni memang cool jer.Org lain jalan tercungap-cungap dia masih bley cool selamba badak jer bawak beg lagi besar dari badan bley berpeluk tubuh boleh menghayati keliling hutan...dia ni kurus kering jer tapi tulang besi urat dawai ni...jgn marah Ijam ya ;P

Aznal
Abg Aznal...aku pun xbrapa kenal sgt tapi abg aznal ni peramah orgnya...senang nak borak gan dia ni.Dia ni keje kat Sirim Shah Alam. Dlm geng karat dia ada geng dia sendiri.Geng dia semua otai2...Aku pernah jln masa kat trek gan dia.Dia ni pun jenis xkedekut ilmu. Segala tip yg dia ada di kongsi bersama. Klu berjalan gan dia org nie bukan jln saje2 siap bley pekenalkan lg nie pokok apa nie bunga apa mcm2lah bley belajar dari dia nie.

Cikgu Rosli
Aku memang suka cikgu rosli ni. Dia ni memang ada tokoh menjadi cikgu yg baik. Dia mengajar kat Rembau. Cikgu rosli ni 1 kg gan aku. Walaupun sekampung tapi xpernah jumpa pun. Dia klu bborak gan aku kuar r bahasa ibunda hehehe... ckp nogori pekat mlekat. Aku mula kenal dia masa aku bersantai di gunung angsi kat rembau. Lama dah aku kenal dia sejak zaman jepun atek melaya lah. kuikkui...dia memang baik hati. Masa aku kat tahan lutut dah injate dia lah yg rajin tolong bawak beg aku. Pas tu paling aku suka kat cikgu rosli ni dia pandai jaga hati org klu bckp tu bahasa memang beralas lah. Memang sesuai dia menjadi cikgu untuk di contohi.

Abg Aziz 
Nia abg ajis.Aku suka dia ni sbb dia nie kelakar.Ada jer cerita dia & dia pun pandai bercerita & sumbung cite pun pandai... Klu kat kem site aku suka lepak gan dia.Tak boring.so dia kaki borak aku kaki gelak.mmm kena lah tu kot.


And 
Dia nie Najiha. Nama glamor dia And.Dalam geng wanita's dia lah yg paling aktif lagi inovatif. Dia keje kat Johor. Asal ada trip yang uncle buat adalah muka dia. Jarang lah miss. Mana2 pergi ada jer muka dia. Dia nie memang paling rajin dari Johor turun KL semata-mata nak join trip mendaki & meredah hutan. Kat trek pun dia kemain laju cam bas express. Maklumlah dah biasa naik bas turun bas express dari Johor. Bila kat trek pun jln cam bas express. Dia nie selalu dlm ketegori kelupok geng wanita yg sampai dulu kat kem site. Dia nie jenis selamba jer, semua geng dia bley ngam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...