Khamis, 26 Mei 2011

Seni Lukisan Jari Tangan

Pernahkah anda melihat Lukisan di Jari Tangan?? Lukisan ini memang kreatif & unik. Mereka akan melukis berbentuk muka-muka haiwan seperti penyu, harimau, burung & sebagainya. Lukisan ini seolah-olah seperti rupa haiwan sebenar...menang npk 'real' sungguh menakjupkan ;) (Foto by : Uleven.com)



 
 
 
 
 

Rabu, 25 Mei 2011

Carilah Hatimu...




"Carilah hatimu...Jika kau tidak temui...Carilah hatimu ketika mengerjakan Solat. Jika kau tidak temui...Carilah hatimu ketika duduk Tafakur mengingati Mati.Jika kau tidak temui juga ... Berdoalah kepada Allah...Pinta hati yang baru"... 



Selasa, 24 Mei 2011

Dari Dia kita datang...kepada Dia juga kita kembali

Al-Fatihah 
Buat semua anak2 yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa Kg. Sg. Gahal Hulu Langat yg telah kembali ke Rahmatullah...& Takziah wat waris2 yg terlibat...salah seorg yg terlibat adalah anak jiran yg dulu pernah membesar depan mata kini telah kembali kpd penciptaNya... semoga roh2 anak2 yatim tersebut di tempat kan paling istimewa di sisiNya...Amin
Keratan Akhbar Metro pada 22 Mei 2011

Keratan Akhbar Metro pada 23 Mei 2011
Tanggal 21 Mei 2011 negara kita di kejutkan satu tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Batu 14, Felcra Semungkis Hulu Langat yang telah mengorbankan nyawa 16 org anak yatim. Tiap kali mengikuti berita tersebut hati menjadi sebak, sayu & sedih apa yg telah meninpa anak2 yatim tersebut... Walaubagaimana pun segalanya sudah ketentuan Illahi walaupun perit untuk di terima oleh waris2...aku di sini hanya mampu mendoakan semoga roh2 mereka di tempatkan bersama dgn golangan yg dikasihi oleh Allah.Innalillah waina hirojiun...
Jika semalam mereka ketawa bersama...hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba dengan tulang 4 kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan-kawanya yang tertimbus hidup2.
"Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada," kata Mohd Iman, penghuni Rumah Anak2 Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan sungai Semungkis, di sini. 
Foto by : Metro

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yg lain untuk latihan nasyid. Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan. Bagaimana, ketika latihan dan persiapan belaku tanah runtuh menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri. - Metro
"Saya baru turun ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan. Ada yg sempat lari, tetapi ramai yg tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah utk menyelamatkan kawan2 kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tapi hampa kerana kudrat sy terhad," Katanya sebak dengan linangan air mata. 
Foto by : Metro
Bagi Mohd Jihat 14, ketika kejadian dia berada di bawah khemah dan turut tertimbus sehungga paras pinggang. Difahamkan seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia 7 hingga 17 tahun. Seorang lg pelajar, Wan Ahmad Huzamuddin Izrullah 15, berkata pada awalnya dia melihat pergerakan  tanah sedikit tanpa mencurigai apa-apa...namum tiba2 desiran tanah yg dahsyat sekali gus diikuti dengan runtuhan tanah menuju ke arah rumah anak2 yatim berkenaan. - Metro
"Saya sempat lari bersama seorang rakan, tetapi adik saya tertinggal di belakang. Bagaimanapun adik saya bernasib baik kerana longgokan tanah yang dihadang pintu itu menyelamatkan dia dari tertimbus,: katanya

Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat bagi menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Ketujuh-tujuh jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zohor di masjid berkenaan. Masjid berkenaan mulai dipenuhi jemaah sejak pukul 10 pagi tadi untuk menunaikan solat jenazah bagi mangsa-mangsa terbabit. Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M.Muin (18 tahun), Mohd Azret Azahari (lapan), Wan Ahmad Hasrim Hazim (11), Mohd Mustakim Mamat (12), Mohd Zaid Azahari (14), Mohd Imal Fahad (sembilan) dan Mohd Hazim Sapri (10). Kesemua mereka akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat. - Bernama

BERSAMA...sehingga ke liang lahat
Foto by : Metro
Foto by : Cosmo



Gambar kenangan sebelum kejadian..
Di harap kepada pihak yang berkemampuan dptlah kiranya membantu menhulurkan sedikit sumbangan wang ringgit tenaga masa mahupun pun doa bagi meringgankan sedikit beban serta kesedihan yg melanda pada anak-anak yatim ini. Semoga sumbangan kita itu dapat memberi harapan baru kepada anak2 yatim untuk terus berjaya dalam kehidupan yg akan datang. Juga pihak kerajaan dpt lah kiranya menyediakan tempat untuk mereka ini yg lebih selamat.



Sabtu, 14 Mei 2011

Setelah 3 bulan...

Setelah 3 bulan balik dari Gunung Tahan...berehat dari kekoyakan otot akibat kecederaan lutut aku kembali meredah, kali nie ke Gunung Chemerong Berembun & Lansir di Dungun Terengganu. Org kata klu dah start meranduk tu akan meranduk lah lagi...akan selalu jer gian nak masuk hutan...23 April 2011 bermulalah pendakian ku...

Seperti biasa kami berkumpul di KL Sentra pukul 10 mlm tapi kul 9 aku dah terpacak kat sana...sempat lagi g shopping kawan aku punye kawan si Nizam KP (Kaler Pelaka) & kawannya batang hidung pun xnpk lg...last2 kul 10.30 baru npk...well biasa r janji melayu...pukul 12 baru bas sampai...kami gerak dlm kul 12 lebih tido jer dlm bas sedar2 kat tol mana tah...berderek2 lori balak, kami pun berhenti dekat 1 masjid, ada yg nak solat ada yg nak mandi sbb xsempat mandi dtg terus dr ofic.

Pagi kami sarapan di sebuah kedai ala2 koboi...abis lauk kat kedai tu kita org kasi licinkan. hehehe...Tokey kedai tu mesti pikir menyesal aku masak cket ari ni...klu aku tahu ramai yg dtg kat kedai aku pagi2 buta ni aku masak byk...bley r aku bukak kedai haft day ari ni, masyukkk....



Kat kedai nielah kita org sarapan...

Hari Pertama - Kami 44 org siap sedia meredah hutan lipur Chemerong termasuk abg bas kami hehehe...Syukur cuaca amat baik sekali sepanjang pendakianku ini.Sebelum ni cuaca amat xmengizinkan asyik hujan jer hari2...risau gak klu masuk hutan dlm keadaan hujan...akhirnya rezeki kami cuaca sgt cantik...Langkah pertama kami menuju ke Hutan Lipur Chemerong ke Air Terjun Chemerong. Semuanya bejalan dgn baik seperti yg dirancang.Jalan punya jalan xsampai2...jalan punye jln kami pun bertemu trek pacak hingga ke Kem Balak.Kami berhenti lepak lunch dekat Kem Balak ada lak sungai pa lg kami pun mandi sampai lebam & sempat gak budak-budak nie mancing ikan Tengas...byk gak dia org dpt siap goreng lg...pherr manis siot...ikan baru. Aku pun sempat gak r layan ikan2 tu mkn & wat spa kaki gan ikan2...'ikan gigit kakiku...pas tu aku mkn dia balik' mmm patutlah manisss bebenor kehehehe....Selepas kami bersantai bagai di Kem Balak kami meneruskan perjalanan kami ke kemsite iaitu Kem Y.

Selamat meredah kengkawan...hati2 meranduk tu...
*Kehilanagn Buff kesayangan, gelang kristal yg xsampai sebulan beli kat Sabah & walking Stik yg baru beli...semuanya tinggal kenangan waaahukhuk...
Nie dia rupa ikan Tengas
Jemput mkn ikan2 sekelian...sudah rezeki kamu ari nie... ;)


Malam pertama di Kem Y - Syukur kami sampai sebelum malam. Sampai di kem Y aku lepak kejap tengok sape yg dah sampai sape yg belum, pas 2 aku bersihkan diri di tepi sungai di celah2 daun layannn sempat nyanyi lagi...suriram ram ram...suriram yg maniss :) Malam menu kami ialah Nasi Briyani + Ayam masak merah + Papadum + Jelatah + Teh O panaz...jgn xpercaya kat dlm hutan pun bley di adakan Nasi Briyani mmm...yummmy...

Hari ke 2 - Seperti biasa aku akan gerak awal...seperti biasa juga aku bukan org pertama yang sampai kehehehe...pagi2 jer dah layan trek pacak..hongeh den pacak sesaja dekat 2 jam gak lah layan trek pacak...akhirnya aku jumpa air terjun Chemerong...punyalah cantik Subahanallah... sayupppp jer aku tengok sampai lah terjadinya 1 kejadian ngeri dlm idup aku... :'(


Nie dia Air Terjun Chemerong...tinggiiii sayupppp jer...
Periuk... Kera yang punye...
Kisah ngeriku pun bermula...Dalam aku syok2 melayan akan keindahan alam...dlm dok asyik panjat2 atas batu walaupun aku tahu aku memang fobia gan batu2 sungai tapi entah lah bila dah tengok air terjun keberanian & kegedikan aku dtg tiba2 sehingga aku tersilap langkah...kaki ku termasuk ke laluan air yg paling laju...aku tergelincir jatuh berguling2 dalam air terjun...dalam aku berguling2 aku bley npk batu kat dlm air...Ya Allah ari tu ajalku dah sampai kot...dlm masa yg same tanganku terkapai2 cuba nak capai batu kot2 bley halang aku hanyut lg jauh mujurlah abg lee cepat bertindak tuk menyelamatkan aku...yang sedihnya nak selamatkan aku dr hanyut abg lee pun hanyut sekali sehingga dia tersepit celah batu...dlm kami kelam kabut akhirnya aku dpt naik ke atas batu atas bantuan abg lee, ijam, hafiz & ramai lg yang nak selamatkan kami dr hanyut...tiba2 kedengaran abg lee jerit...kaki aku tersepit2x!!...aku npk abg lee mcm nak lemas sbb kaki dia lak tersepit celah batu di tambah lg gan air yg kuat+laju tu...kesiannya dia...sungguh ngeri waktu tu sehingga aku xdpt tahan air mata tengok dia hampir lemas...akhirnya abg lee pun terselamat kerana di bantu oleh kawan2ku yg cepat bertindak. Terima kasih semua atas bantuan kamu semua sanggup mengadai nyawa menyelamatkanku lebih2 lg abg lee...kesianaku melihat kaki abg lee yg dah merah & terseliuh itu...bertambah fobia lah aku gan batu sungai ni...ngee... Tapi Alhamdullillah semua selamat.

Dasyat woo air terjun ni...klu tergelincir pun dasyat woo...
Selepas agak2 tenang kami pun bergerak meneruskan perjalanan kami ke Kemsite Air Terjun Lansir. Dlam dok mengigil akan kejadian yang hampir sahaja melayangkan nyawa, aku gagahkan diri tuk meneruskan perjalananku ini.Gagahkan gak senyum ketawa wat2 cam xdak pa2 belaku...lepas kejadian tu sepanjang jln aku asyik jumpa sungai anak sungai mak sungai sepupu sungai...suuuuungai jer...paling dasyat abg man driver bas kami...asalkan jpa yg berkolam kompem dia berhenti mandi...asal jpa sungai berkolam dia berhenti mandi sampai abg lee yg sweep dia pun xkuasa ckp pa2... layankan jer lah abg man ni...
View puncak Lansir waktu senja
  
Akhirnya kami sampai juga di Puncak Lansir...penat kami amat berbaloi bila kami dapat ganjarannya...kami di hadiahkan 1 pemandangan yg menakjubkan...Kami berada di PUNCA air terjun...air terjunnya yg bertingkat2 siap da Jakuzzi...view bley npk gunung & awm...pherr...kenangan terindah yg xdpt di beli gan wang ringgit...yg hanya akan dpt bila kita lalui segala kepenatan & kesakitan :)

View Puncak Lansir waktu matahari nak naik.Cantik kan?
Awal kami sampai di Kemsite (Puncak Lansir) memang bersantai mantai kita org kat puncak tu... mandi manda sepuas-puasnya... siap bersabun... bersyampu bagai... selagi xkecut selagi tu xnaik...kehehe...tapi kesian aku tengok badan2 ku ini lebam sana lebam sini...nasib baik lebam tpt yg bley tutup...sesekali aku terpandang gak kaki abg lee kesian gak aku tengok...dah r lebam berbalut lg...mmm sedihnyaa...bila badan pun dah segar...bila byk masa terluang aku pun bersembang gan otai2...sembang sambil korek ilmu ;) kenal2 mana yg xbrapa nak kenal...nie lah masanya...nak kenal masa kat trek dia org ni jln lalu...cam unta berdezup tinggalkan abuk jer kat aku...mlm tu kami dinner 'mkn besaw' cket...menu mlm tu ialah nasi+paprik+tomyam+telur dadar+papadum+teh o/kopi o...layan beb ada yg sampai siap hirup manggkuk lagi...kasi like 1 kali pada chef kami...uncle & wife...lepas mkn kami sambung lepak2 ada yg wat kuiz ada yg kena denda abg anaz kena mkn biskut cicah air sungai kembang tekak kembang lubang idung nak abiskan biskut tu...N lak kena wat bunyi ayam...geng kembar si boy & ejam siap wat cekodok bawang dia buh cili api...mak ai podeh cekodoknya tapi sedap r layan...dlm hutan semuanya sedap ;) aku lak terpaksa wat xtvt 'mengurut' berminyak angin sapu lebam2 di badan....mcm2 xtvt bebaslah kami wat kat puncak tu...


Family besar kami...Seramai 44 org yg telah berjaya sampai ke Puncak. Sesi bergambar sebelum turun

Pagi terakhir di puncak lansir - Pagi2 lg aku dah bangun nak tengok matahari naik...sungguh asyikk...Menu pagi kami ari tu mee hon soto wowww sedapnya...selepas kami bersarapan kami mula berkemas barangan kami tuk gerak turun & balik lah apa lagi...tapi sempat gak kami bergambar beramai2 kat puncak lansir...memang best cam 1 family besar semua npk
enjoy jer aku pun suka. Lepas sesi bergambar kami pun mulakan perjalanan kami kali ni trek pacak dlm 2 jam gak lah aku layan trek pacak...abis trek pacak trek junam lak...junam xhinggat2...sorang2 mula jalan slow sbb klu lama sgt layan trek junam kuku bley cabut woo...aku pun xterlepas tapi aku xsakit sgt kuku sbb kukuku dlm proses nak tumbuh kuku baru angkara sigunung tahan tu...tapi tapak kakiku dah mula pedeh tapi akhirnya kami semua selamat sampai ke tempat di mana kami bermula...lepas kami bersihkan diri kami pun naik bas...sebelum naik bas sempat lagi bergambar sakan kat pintu masuk Hutan Lipur Chemerong. Sebelum kami begerak pulang uncle ckp akan ada sesi mkn2 uncle yg belanja yahooo....kami singgah mkn di kedai koboi yg mula2 kami sampai rupanya uncle dah tempah awal2 dah mkn malam tuk kami semua...apa lagi kami mkn secukupnya...hoho...dlm bas kami pakat2 tido sepanjang jln kerana kekenyangan & keletihan...akhirnya selamat sampai kami di KL.Syukurrr... :)

Khamis, 12 Mei 2011

Setelah tujuh Tahun...

Nie yg npk..ada 2 3 4wd lg
Kasi keluar jgn sorok ya.
Nielah si gunung Tahan yg di war2kan...


Setelah 7 tahun aku menyepikan diri dalam dunia 'keluar pintu'... akhirnya aku wat 'come back' hehe... aku kan ke Gunung Tahan!!! Mak ai xhinggat2 nak wat come back ko nie pun hehehe...bley ke ko wat ni?? kata mak kpd anak yg dah lama 'gantung' beg... dah berkarat dah otot2 nie...tiba2 nak memanjat balik...mmm cam2 soalan dalam kepala otak aku...xtido nyenyak aku dibuatnya...gumbira da...risau da..dup dap dup dap ada...mcm2 ada lah...

Akhirnya tiba hari tu 11 Februari 2011...gan berbekalkan gobok antik yg dah lama tidak berkhidmat tu aku pikul gan 1 ribu mcm perasaan...adap jer...dah terjebak dah pun!!! Kali nie aku bersama 40 org penyamun...opss silap 40 geng KARAT ADVENTURE. Nie adalah trip pertama aku gang geng KARAT. Dgn maklamat yg sama & minat yang sama...sama2 wat keje gila...kata mereka yg xberminat pd hobi nie...hanya org mcm kami jer tahu menilai akan KEINDAHAN ciptaan Tuhan sanggup meredah hutan belantara...semak berduri...wat amal kat pacat2...segala anak sungai mak sungai segala bukit bukau kami randuk...trek cacak 90 darjah...trek junam...trek lumpur...trek berbatu...trek berlumut...pendek kata nama pun hutan, gunung tahan...so kena r tahan kuikui...ambik kaw!!!

Malam tu kami berkumpul di KL Sentaral pukul 12 mlm baru bas kami tiba...dlm 12 lebih baru bas kami gerak...dlm 1 jam bas dah gerak aku pun layan tido...baru jer nak amik 'fill' bas berhenti kat R & R Genting Sepah...Kat R & R tu aku duk lepak minum & layan kuih pau suri...eh bukan pau suri lah pau genting sepah lah...pau kat genting sepah ni memang terkenal sbb hanya 1 gerai jer yg jual pau kat situ & bertambah terkenal sbb intinya kalau di tengok nuuunn sayupppp jer kat dlm... cket nak mampus dia punya inti...hampeh betoi...kuikui...

Antara geng Wanita's
Bergambar dulu...selepas wat rombongan ke Muzium Taman Negara
Hari pertama - Selepas kami wat cek list brg, kami singgah melawat di Muzium Taman Negara Sg. Relau, lepas tu kami gerak naik 4wd ke starting point. Kami ikut jalan gajah. Megapa dipanggil jalan gajah? Mengikut cerita dari bro yg drive 4wd tu...yg manis tu...;p memang laluan nie gajah selalu lalu kat situ...katanyalah...so kami xberpeluang pun nak tengok 'cik jah' lalu yg kami dpt tengok hanyalah sisa buangannya hehehe...trek dia pun bley tahan gak...trek cam roler coster... melambung2 kami dlm 4wd...tapi layannn...Starting point kami bermula di Kuala Juram lalu bermulalah pendakian ku yg penuh teka-teki sbb aku pertama kali menjejakkan kakiku di hutan Taman Negara. Gunung Tahan adalah gunung yang tertinggi sekali di Semenanjung Malaysia yang pernah ditakluki buat kali pertamanya pada 1905 oleh Bulang, Che Nik, Mat Aris dan Mu’min pada zaman kolonial British. Taman Negara seluas 4,343 kilometer kaki persegi (sedikit info dr Kosmo ;)) 

Mula2 ok lg...bersemangat jer semua...jalan pun bley borak2 hingga kami sampai di Kuala Luis. Dekat Kuala Luis ada sungai agak besar yg kami kena seberanginya...syukur sungai Lui pd ari tu xterlalu dalam & deras, setakat nie semuanya lepas...tapi malangnya kameraku yg kecik tu telah tercelup dlm sungai Lui...waaa...kesian kameraku nasib baik xmati masih bley repair lg...cuma terlalu byk air masuk dlm kamera dia cuma di syaki menyidap penyakit paru2 berair kahahaha...lepas tu kami meneruskan perjalanan kami ke Lata luis...dan akhirnya ke Kem Koh...lg bebrapa meter nak sampai ke kem site bumbung fly pun dah nampak...malang xberbau... jeng3x...aku terbuat 'stanwomen' kat 1 batu tepi sungai...pherr cket punya sakit terdiam kejap menahan sakit dada & lutut...tapi masih bley bangun & jalan lg...xda lah pa2 kot so kami pun bermalam di Kem Koh.

Malam pertama di Kem Koh - Lepas bersihkan diri...kami layan dinner yg di sediakan oleh chef kami yang di import dari Tmn Saga, Ampang. Rakan-rakan yang tiba lebih awal sibuk menyediakan pelbagai menu untuk makan malam. Langit yang tadinya cerah kini bertukar wajah kepada hitam pekat.Badan pun dah mula rasa sakit...lutut pun dah berdenyut2...mlm ni kompem xbley tido...adoiihaii...

Jalan Gajah...

Selamat meredah kengkawang...


Hari ke 2 - Pepagi lagi aku dah gerak...folow geng wanita's2...aku kena gerak cepat memandangkan luntut ku 2 2 dah injured...so kena lah gerak dulu. Jalan punya jalan xsampai2...jalan punya jalan xsampai lg...langkah ku makin pelahan, sorang demi sorang dah tinggalkan aku kat belakang, kaki dah mula xbley nak bengkok...asal kena bengkokkan kaki jer aku mesti mengeluh adoiiii...sifu aku kat belakang bantai gelak kan aku sampai dia pun xlarat nak gelak. Klu bley di kumpul perkataan ADOIII tu dah sebakul agaknya...dia ajelah yg masih setia menemani aku yg paling sabar langsung xmerungut pun...memang sabar! klu ada pingat dah lama aku kasi dia pingat...pingat jasa negara kuikuikui ;P layan Pematang trek pacak xhinggat2 xcukup gan tali akar pun berguna gak...lutut aku klu bley menjerit dah lama dia menjerit....ke 2 kakiku pun dah bengkak dari paras lutut ke tapak kaki...kira dah xdak 'shape' kaki dah bulattt jerr...tegang jer...akhirnya kami sampai di Kem Kubang rehat kejap & sambung perjalanan kami ke Kem Berlumut.

Nama pun berlumut sepanjang jln kami dihidangkan trek berlumut...celop sajelah nak wat cam na pun...tapi yg bestnya memang rezeki kami dpt lihat sepasang burung yg jinak yg berwarna coklat...dari cerita2 otai yg aku dengar burung ni tidak akan menunjukkan dirinya di khalayak ramai...hanya org tertentu jer dpt tengok...memang jinak...tapi anehnya burung ini hanya bermain2 di kawasan lumpuh paras peha org dewasa...kami hanya melihat aksi burung2 tu dr jauh, kami pun meninggalkan Kem Berlumut gan bermcm2 soalan yg xterjawap menuju ke Kem Bonsai. Jln2 punya jln punya jln...akhirnya kami sampai kat Kem Bonsai dlm kul 2 pagi kot klu xsilap aku. Ustaz dah siap tunggu kami kat situ...siap masak maggi gan air tuk kami berdua...punyalah letih berjalan maggi sebungkus pun xterabis oleh kami...last2 ustaz yg perabiskan...sambil layan Maggi & Teh O panas kami juga ditemani 'cik siti' punya lah byk kat Bonsai tu, dah tu gemok2 besar2 tapak kaki aku lak tu...langsung xsegan silu nak join kita org punye 'sahur'...nak mkn pun kena pegang walking stik...klu tak kompem dia org wat swimming pool dlm pinggan maggi kita org, lepas kami mkn sekadar alas perut...kami sambung rendah tuk cuba sampai ke Kem Botak. Dalam perjalanan kami ke Kem Botak kami di tinggalkan bekalan air minuman oleh Mail & The geng.

Sejarah dlm hidup aku kena berjalan dalam masa 24jam & pertama kali dalam sejarah pendakianku berjalan kat trek waktu mlm...ditemani bintang2 gan sejuk sampai ketulang, gan segala mcm bunyi bersahut2, gan segala mcm bayangan... (mcm2 bentuk MISTIKlah) tipulah klu ckp tak seram...ckit sebyk tu ada gak seram tapi klu keletihan mengatasi segala2nya...seram dah jatuh tempat ke 2. Dlm berjalan ke Kem Botak aku di hidangakan panorama paling indah pernah aku lihat, sampai aku di kawasan situ pokok2 semua dah kecik2 bonsai...batu kilat2 cam kristal di suluhi cahaya bulan penuh & bintang npk sebijik2...di kelilingngi gunung-ganang macam lukisan...ada ton colour lagi...berlayer2 pulak tu... pherrr cantik siott...nasib baik camera ku dah masuk ICU klu tak kompem aku dah amik gambar jadi bukti ;) 

Subahanallah...sumpah memang cantiknya ciptaanMU ini...xdpt digambarkan gan kata-kata...dalam kami melayan keindahan subuh yg hening itu kami tersentap akan 1 bunyi seperti 'pak belang'...aku pandang olan..olan pandang aku...dia wat syarat kat aku syyy jalan!!!...kami teruskan berjalan dlm pd tu aku duk perhatikan gak mana r tahu kot2 kat celah2 pokok bonsai tu ke dia ngindap ke...rupanyeeeee...kami dah sampai ke Kem Botak!!! Bunyi tadi tu rupanye budak2 ni tido berdengkur+mengerang mayb penat sgt kot...hampeh betoi terkezut adik tau!!!kehehe...

Syukur kami sampai gak kat Kem Botak dengan selamatnya...walaupun kami sampai dlm kul 4 pagi...sejuk gila weiii kat puncak tu...bila bukak kasut pherrr...dah cam krismis rabani kecut jer kakiku...kesianya aku tengok kakiku kena keje sgt keras...kami duduk dlm 15 minit sempat gak layan sup sayur yg memang ditinggalkan wat kami yg terlambat keretapi sbb kena tukar tayar keretapi pancit kehehehe...aku gan olan sambung gerak menuju ke punjak Tahan yg di idam2kan selama ni...Akhirnya...akhirnya aku sampai juga di puncak gunung Tahan sebelum matahari naik...Syukur Alhamdulilah... kami semua dihidangkan pemandangan paling menakjupkan... kami menghayati 1 persatu saat dari suasana yg gelap hingga terbitnya matahari....memang mabeleslah.!! Apa lg kami pun bergumbira akan pencapaian kami ni...hilang sudah penat lelah kami meredah segala liku2...amik gambar xhinggat2...sampai 'out of memory' lah kuikui...




Sejukk...
Hari ke 3 - Lepas kami turun dr puncak Tahan kami kembali ke Kem Botak tuk kemas2 barangan kami untuk kami gerak turun keluar. Pukul 12 kami pun gerak...kali nie aku jpa balik jalan yg aku lalui mlm tadi tapi kali ni versi siang...perjalanan harus di teruskan...kali ni trek junam pulak...junam bukan cket2 90 darjah junamnye...tercabut lah 4 kuku ku yg comey2 tu...waklu!! cacat sudah...turun punya turun punya turun akhirnya dlm kul 2 aku berhenti di Kem Bonsai kat situ brg2 aku di keluarkan untuk kurangkan ration oleh uncle & pak lee...memandangkan aku dah xtido 24 jam di tambah pula lutut dah injured aku di suruh bwk beg kecikkk jer...dlm beg da kudap2 & ubat-ubatan jer...so aku pun lenggang mak limah mcm nak g pasar kata uncle...kehehe...ayat xbley bla!

Perjalanan di teruskan lg...kali nie ke Kem Berlumut...kami berhenti on trek masak air kami layan Neslo hoho...hoho tu holick lah...Neslo lolo...hehe bley ke gitu? kuikui... sementara air masak sempat terlelap lagi kepala pun dah weng2...akhirnya kami berhenti di Kem Kubang untuk bhenti solat magrib. Lepas waktu magrib barulah kami meneruskan sisa perjalanan kami ke Kem Pematang...di Pematang geng2 Mail dah menunggu... lepak lah kami ber6 dinner di Kem Permatang memandangkan Kem Permatang jauh dari punca air kami bersepakat mahu teruskan perjalanan kami ke Kem Kor...e2 pun aku dah tukar pakai sendal olan sbb tapak kaki dah pecah...walaupun npk selesa tapi sebenarnya xselesa mana pun sbb pakai sendal besar...xles kaki ku kering...& jalan pun cam org mabuk terhoyang-hayang akhirnya kami bermalam di Kem Kor tanpa bekalan sbb brg dlm beg kami sudah di bawa oleh meraka yg mahu membantu...Malam tu aku tido beralaskan caring mat yg di pinjamkan oleh ustaz...paling aku berterima kasih pd ustaz , Mail & the geng yang sungguh baik hati meminjamkan aku jaketnya tuk membalut kakiku yg dah mula menggigil & juga kain pelekatnya tuk di buat selimut...cadang gan olan nak tido 2 jam jer nak gerak cepat sbb nak jalan saing gan kawan2 yg lain kononnya...tapi kesian tengok dia kepenatan aku biar dia tido sampai pagi...
Akhirnya...sampai jugak aku kat puncak Gunung Tahan!
Selagi daya...xcukup tali akar pun jadi


Pagi2 lg aku & olan kena gerak meninggalkan Mail & The geng yg masih sedap tido...syokk woo tengok mereka tido sampai tghari hohoho...matlamat aku kali nie nak kuar sebelum bas kami tiba & cuba sedaya mungkin berjalan paling cepat kerana cuba memenuhi hajat sifu aku nak sgt mandi bersama ikan kelah...sbb sifuku e2 sudah berapa kali g tahan tapi xkesampaian nak mandi gan ikan kelah katanya. Alhamdulillah tercapai juga hajatnya...& juga tanda aku berterima kasih padanya kerana sanggup bersusah payah membantu dalam sepanjang perjalananku ini. Akhirnya kami bertemu rakan2 yg lain di Lata Luis. Kami berhenti sekejap sempat mandi manda borak gan mereka yg tak kesampaian nak mendaki bersama-sama sambil menunggu cikgu rosli masak air. Best lah dpt jpa balik... akirnya aku gerak dulu meninggalkan olan bersama2 yg lain membiarkan mereka 'bermesra-mesraan' antara 1 sama lain hehehe...

Akhirnya selamat juga aku keluar dari hutan Taman Negara. Pengembaraan yang cukup mencabar ini tiba di penghujungnya. Kami bergumbira keriangan, memecah ketenangan di taman Negara seluas 4,343 kilometer persegi itu. Taman yang dibuka pada 1938 itu kini lebih ceria dengan ketibaan sekumpulan pendaki seperti kami yang terpaksa berjuang dengan cerun curam, bukit mencanak, meredah sungai melawan kesejukan & kepanasan dan kini, kepahitan itu menjadi kemanisan yang tidak mungkin padam dalam diari kehidupan seorang insan yang dipanggil pendaki. Sampai kat bwh selepas wat cek list hujan panas pun melanda, kami bekumpul di 1 gazibo sementara menunggu bas kami tiba, dlm perjalanan balik sempat singgah mkn di 1 tempat di mana kami makan petang sekali dgn mkn mlm. Lepas mkn, aku bantai tidozz...ganti balik waktu tidoku yg terlepas itu...kehehe..& pulang dengan mcm2 pengalaman & ilmu yg xternilai harganya...Begitulah al-kisahnya aku & si gunung Tahan... wasalam... ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...