Selasa, 24 Mei 2011

Dari Dia kita datang...kepada Dia juga kita kembali

Al-Fatihah 
Buat semua anak2 yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa Kg. Sg. Gahal Hulu Langat yg telah kembali ke Rahmatullah...& Takziah wat waris2 yg terlibat...salah seorg yg terlibat adalah anak jiran yg dulu pernah membesar depan mata kini telah kembali kpd penciptaNya... semoga roh2 anak2 yatim tersebut di tempat kan paling istimewa di sisiNya...Amin
Keratan Akhbar Metro pada 22 Mei 2011

Keratan Akhbar Metro pada 23 Mei 2011
Tanggal 21 Mei 2011 negara kita di kejutkan satu tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Batu 14, Felcra Semungkis Hulu Langat yang telah mengorbankan nyawa 16 org anak yatim. Tiap kali mengikuti berita tersebut hati menjadi sebak, sayu & sedih apa yg telah meninpa anak2 yatim tersebut... Walaubagaimana pun segalanya sudah ketentuan Illahi walaupun perit untuk di terima oleh waris2...aku di sini hanya mampu mendoakan semoga roh2 mereka di tempatkan bersama dgn golangan yg dikasihi oleh Allah.Innalillah waina hirojiun...
Jika semalam mereka ketawa bersama...hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba dengan tulang 4 kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan-kawanya yang tertimbus hidup2.
"Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada," kata Mohd Iman, penghuni Rumah Anak2 Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan sungai Semungkis, di sini. 
Foto by : Metro

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yg lain untuk latihan nasyid. Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan. Bagaimana, ketika latihan dan persiapan belaku tanah runtuh menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri. - Metro
"Saya baru turun ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan. Ada yg sempat lari, tetapi ramai yg tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah utk menyelamatkan kawan2 kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tapi hampa kerana kudrat sy terhad," Katanya sebak dengan linangan air mata. 
Foto by : Metro
Bagi Mohd Jihat 14, ketika kejadian dia berada di bawah khemah dan turut tertimbus sehungga paras pinggang. Difahamkan seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia 7 hingga 17 tahun. Seorang lg pelajar, Wan Ahmad Huzamuddin Izrullah 15, berkata pada awalnya dia melihat pergerakan  tanah sedikit tanpa mencurigai apa-apa...namum tiba2 desiran tanah yg dahsyat sekali gus diikuti dengan runtuhan tanah menuju ke arah rumah anak2 yatim berkenaan. - Metro
"Saya sempat lari bersama seorang rakan, tetapi adik saya tertinggal di belakang. Bagaimanapun adik saya bernasib baik kerana longgokan tanah yang dihadang pintu itu menyelamatkan dia dari tertimbus,: katanya

Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat bagi menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Ketujuh-tujuh jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zohor di masjid berkenaan. Masjid berkenaan mulai dipenuhi jemaah sejak pukul 10 pagi tadi untuk menunaikan solat jenazah bagi mangsa-mangsa terbabit. Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M.Muin (18 tahun), Mohd Azret Azahari (lapan), Wan Ahmad Hasrim Hazim (11), Mohd Mustakim Mamat (12), Mohd Zaid Azahari (14), Mohd Imal Fahad (sembilan) dan Mohd Hazim Sapri (10). Kesemua mereka akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat. - Bernama

BERSAMA...sehingga ke liang lahat
Foto by : Metro
Foto by : Cosmo



Gambar kenangan sebelum kejadian..
Di harap kepada pihak yang berkemampuan dptlah kiranya membantu menhulurkan sedikit sumbangan wang ringgit tenaga masa mahupun pun doa bagi meringgankan sedikit beban serta kesedihan yg melanda pada anak-anak yatim ini. Semoga sumbangan kita itu dapat memberi harapan baru kepada anak2 yatim untuk terus berjaya dalam kehidupan yg akan datang. Juga pihak kerajaan dpt lah kiranya menyediakan tempat untuk mereka ini yg lebih selamat.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...